Friday, 23 November 2012

Survival ''SEARCH and RESCUE"

Pada 18 november lalu, Seramai 33 orang pelajar USIM menyertai Program Mencari dan Menyelamat anjuran Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa)  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).










Program ini yang mendapat kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan berlangsung selama tiga hari di Jeram Enggang, Kampung Ulu Jelebu. program ini merupakan siri kedua yang melibatkan aktiviti mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh seramai 15 orang jurulatih dari JPAM.


Antara jurulatih-jurulatih yang terlibat




Antara jurulatih-jurulatih yang terlibat


   Aktiviti dimulakan dengan fasa satu di mana peserta dikehendaki berjalan sejauh enam kilometer untuk sampai ke jeram bermula pada pukul 10 malam dan tiba pada pukul 12.30 pagi Jumaat yang mana memerlukan semangat kerjasama yang tinggi daripada peserta.

  Peserta perlu membuat tempat perlindungan sendiri, menghidupkan api...









....yang merupakan satu pengalaman sangat berguna dan sukar diperoleh di tempat lain.

Semasa berada di dalam hutan, Peserta dilatih mengenai ikhtiar hidup ketika di dalam hutan, membuat tempat perlindungan...








...cara menjaga kawasan, cara mendapatkan pertolongan ketika di dalam hutan.

   Para peserta dilatih dengan aktiviti mencari dan menyelamat yang mana ianya merupakan tujuan utama program ini untuk melatih bagaimana untuk mengesan mangsa bencana seterusnya menyelamatkan mangsa.

   Sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan mereka membuka PKTK (Pos Kawalan Tempat Kejadian) bagi mencatat segala laporan yang penting bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat yang sedang berlaku, seterusnya mencatat berapa orang anggota yang masuk di tempat kejadian, melaporkan tentang penemuan mangsa dan sebagainya.

Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)






Operasi mencari dan menyelamat











Ekpidisi berjalan turun bukit...

Perjalanan turun bukit juga mencabar kerana cerun-cerun bukit yang tidak stabil dan berlumpur yang kalau tersilap langkah boleh terjatuh.





Majlis Penutup:
 

  Majlis penutup dirasmikan oleh Pegawai Bencana Operasi dan Latihan JPAM negeri, Abdul Baith Abdul Rahim di Jabatan Pertahanan Awam daerah Jelebu.






-selesai-

Wednesday, 7 November 2012

Kem Etika Jati Diri/ ALPHA/ PUSPA 2-4 november 2012

Seramai 77 ahli baharu Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai kursus orientasi di Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Negeri Sembilan di Seremban baru-baru ini.


Encik Zamri















Barisan Urusetia daripada Compani Charlie

kursus selama tiga hari ini diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli selain memberi pendedahan berhubung peranan JPAM.


Selepas taklimat mereka dipecahkan kepada 7 group.





Dalam program ini para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti berpasukan bagi memupuk semangat kerjasama antara mereka.


Mencipta logo setiap kumpulan.












Presentation Logo setiap kumpulan.





 Senaman pagi selepas menaikkan bendera.







 Latihan Kawad.








 Latihan Dalam Kumpulan (LDK).









Malam Kesenian.







Hari last.

Latihan Panggil Squad Dan Taklimat Squad...




Majlis perasmian penutup Kem Etika Jati Diri 2012 oleh Encik Alip




Ucapan bekas penyelaras SISPA USIM


Kumpulan Delta pemenang kumpulan terbaik persembahan Malam Kesenian


Saguhati SISPA USIM kepada JPAM Negeri Sembilan





Sesi pergambaran bersama ahli kumpulan Alpha dan penyelaras dan juga urusetia.


Tiba di kolej kediaman 1 dari JPAM Negeri Sembilan Kira-kira jam 5.30 petang







selamat sampai di kediaman masing-masing..

wassalam... ^_^

Hope always be happy with SISPA