Program ini yang mendapat kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan berlangsung selama tiga hari di Jeram Enggang, Kampung Ulu Jelebu. program ini merupakan siri kedua yang melibatkan aktiviti mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh seramai 15 orang jurulatih dari JPAM.
Antara jurulatih-jurulatih yang terlibat
Antara jurulatih-jurulatih yang terlibat |
Aktiviti dimulakan dengan fasa satu di mana peserta dikehendaki berjalan sejauh enam kilometer untuk sampai ke jeram bermula pada pukul 10 malam dan tiba pada pukul 12.30 pagi Jumaat yang mana memerlukan semangat kerjasama yang tinggi daripada peserta.
Peserta perlu membuat tempat perlindungan sendiri, menghidupkan api...
....yang merupakan satu pengalaman sangat berguna dan sukar diperoleh di tempat lain.
...cara menjaga kawasan, cara mendapatkan pertolongan ketika di dalam hutan.
Para peserta dilatih dengan aktiviti mencari dan menyelamat yang mana ianya merupakan tujuan utama program ini untuk melatih bagaimana untuk mengesan mangsa bencana seterusnya menyelamatkan mangsa.
Sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan mereka membuka PKTK (Pos Kawalan Tempat Kejadian) bagi mencatat segala laporan yang penting bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat yang sedang berlaku, seterusnya mencatat berapa orang anggota yang masuk di tempat kejadian, melaporkan tentang penemuan mangsa dan sebagainya.
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)
Operasi mencari dan menyelamat
Ekpidisi berjalan turun bukit...
Perjalanan turun bukit juga mencabar kerana cerun-cerun bukit yang tidak stabil dan berlumpur yang kalau tersilap langkah boleh terjatuh.
Majlis Penutup:
Majlis penutup dirasmikan oleh Pegawai Bencana Operasi dan Latihan JPAM negeri, Abdul Baith Abdul Rahim di Jabatan Pertahanan Awam daerah Jelebu.
-selesai-
No comments:
Post a Comment