Sunday, 2 December 2012

PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN


Siswa Siswi Pertahanan Awam  (SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah selesai menjalankan satu lagi aktiviti yang menarik iaitu, PROGRAM KHIDMAT  KOMUNITI  DI PANTAI PORT DICKSON  pada  1 Desember 2012 hari sabtu, angggota yang terlibat dari Alpha, Bravo dan Charlie.







Objektif program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat cintakan kebersihan dan mengeratkan silaturahim antara anggota (SISPA USIM) itu sendiri.
Aktivitinya ialah membersihkan dan mengutip sampah  disepanjang persisiran pantai Port Dickson.







Aktiviti seperti ini juga memupuk semangat kerjasama dikalangan anggota SISPA USIM. Selain itu, anggota sendiri dapat mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain.







Setelah selesai  membersihkan kawasan pantai kami  membakar ayam untuk makan bersama.
Program  ini juga berkonsepkan santai kerana untuk ‘release tension’dan bergembira. Walau bagaimanapun setiap anggota tetap mendapat input yang bermanfaat dan berguna. Selain itu, kami juga mengambil kesempatan belajar cara-cara berenang dengan betul bersama anggota  JPAM  yang bertugas di situ. Antara basic berenang  yang diajar ialah bubbling, floating dan menyelam.

 

No comments:

Post a Comment