Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) telah selesai menjalankan satu lagi aktiviti yang menarik iaitu, PROGRAM
KHIDMAT KOMUNITI DI PANTAI PORT DICKSON pada 1
Desember 2012 hari sabtu, angggota yang terlibat dari Alpha, Bravo dan Charlie.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menyemai
semangat cintakan kebersihan dan mengeratkan silaturahim antara anggota (SISPA
USIM) itu sendiri.
Aktivitinya ialah membersihkan dan mengutip
sampah disepanjang persisiran pantai
Port Dickson.
Aktiviti seperti ini juga memupuk semangat kerjasama
dikalangan anggota SISPA USIM. Selain itu, anggota sendiri dapat mengenali dengan
lebih rapat antara satu sama lain.
Setelah selesai membersihkan kawasan pantai kami membakar ayam untuk makan bersama.
Program ini juga berkonsepkan santai kerana untuk
‘release tension’dan bergembira. Walau bagaimanapun setiap anggota tetap mendapat
input yang bermanfaat dan berguna. Selain itu, kami juga mengambil kesempatan belajar
cara-cara berenang dengan betul bersama anggota JPAM yang bertugas di situ. Antara basic berenang yang diajar ialah bubbling, floating dan menyelam.